Translate

Translate

Khamis, 17 Mei 2012

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh-G_xLLVjdugUZuKm2IpshrMzqjYtuSv4sNJvikkWezvrcP9IoOjVWXPKliNaurUMs-YS2xkRRDPzXkpulzLJc2v81yZ1SnQhMRQI0v-x1l8NoX8d0uI4OOay9eWouE0KIADc0VLl2Ij-y/s320/kartun+muslim+1.jpg


 http://cdn3.fotosearch.com/bthumb/CSP/CSP434/k4341384.jpghttp://cdn2.fotosearch.com/bthumb/CSP/CSP086/k0863840.jpghttp://cdn6.fotosearch.com/bthumb/CSP/CSP649/k6499138.jpgMinggu ni sibuk sikit sebab peperiksaan pertengahan tahun akan bermula pada minggu hadapan.Semoga aku berjaya ,insyaallah. selamat menghadapi peperiksaan kepada semua rakan-rakan.

MERUNGKAI RAHSIA KEJAYAAN
Oleh: Aisha Ardini

“Aim:  To be a doctor. So never ever give up. Do your best!” Aku tersenyum melihat  catatan tersebut dalam salah satu buku conteng kawanku . Dia nampak  sungguh bersemangat sekali.

Semangatnya kadang –kadang  memberi tempiasnya kepadaku juga, meninggalkan aku dengan cita-cita yang tinggi dan usaha yang terbaik yang mampu dilakukan.

Mungkin itu rahsia kejayaan hidupnya. Umurnya masih muda.  3 tahun muda dariku. Tapi dia jauh meninggalkanku  dalam setiap markah peperiksaannya.

Bukan sahaja aku, malah kawan seperjuanganku dan rakan sebaya denganku. Sejak dahulu aku memerhatikannya. Apakah rahsia kejayaannya? Terasa diri ini serba kekurangan jika dibandingkan dengan dirinya.

Dia bijak.Dia juga mampu mencapai semua A dalam subjek yang  diambilnya. Aku rasa, mungkin disebabkan otaknya sememangnya  semula jadi cerdas dan genius, bak kata orang ‘mudah tangkap’.

Tapi hari ini aku ubah persepsi itu dan melihat kejayaannya dari  sudut lain. Setiap catatannya dalam buku conteng itu sekurang-kurangnya merungkai secebis rahsia kejayaannya.

Aku belek dan terus membelek. Dia tersenyum. Pada mulanya, dia segan membenarkan aku melihat bukunya,mungkin kerana itu luahan hatinya  tapi akhirnya  sedikit demi sedikit perasaan itu hilang. Malah, dia turut menceritakan bila dia  menulis setiap catatan tersebut.

Inilah dia rahsianya. Motivasi yang utuh dalam diri. Inilah yang menyebabkan  dia terus maju ke depan tanpa menoleh ke belakang, meninggalkan kami  semua.  Kegagalan yang dia lalui diperbaiki sebaik mungkin, menjadikan dia  makin kuat dan berpengalaman.

Setiap hari dicatatkan apa matlamatnya,terperinci  dengan tindakan yang perlu diambil, dan inilah yang dijadikan minyak pelincir dalam setiap roda  usahanya. Inilah yang menjadikan dia bersemangat melalui setiap hari yang penuh  dugaan dan ranjau.

Inilah yang menyebabkan hidupnya terarah dan dia tahu arah mana  yang dia ingin tuju, menjadikan dia tidak sesat.

Menetapkan matlamat setiap hari  bermula apabila anda berhadapan sang matahari bakal menjadikan anda berjaya dalam hidup anda, biarpun orang lain tidak menghargai dan mengerti. Inilah yang  dikatakan matlamat jangka pendek.

Anda akan menjadi lebih kuat  dalam menghadapi dugaan dan cabaran dalam kehidupan yang penuh  liku-liku dan ranjau ini. Anda akan lebih yakin dalam meneruskan  dan mencorak kehidupan anda.

Dan kaedah ini terbukti berjaya.  Walaupun anda mungkin tidak mencapai seratus peratus matlamat anda, tapi sekurang-kurangnya anda mampu mencapai kejayaan yang  terbaik yang anda mampu capai.

Jika anda cuba menggapai bulan,  tapi apabila anda tidak mampu dan sekadar mampu menyentuh langit, bukankah itu adalah kejayaan apabila anda sudah melakukan  yang terbaik?

Sekurang-kurangnya anda tidak terpesong jauh dari matlamat  perjalanan hidup anda. Oleh itu, sama-samalah kita menetapkan setiap matlamat yang ingin dicapai setiap hari, mudah-mudahan kejayaan itu mampu kita tarik dengan lebih mudah.


RENUNGAN UNTUK SEMUA 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg_qsxDgdLhJTLiADrdT8Sa0YKvYIHt0JcrYbBqyoyu4LKxlJq9h8wesKsKXk2LzbkKiJxuGh4Gp4YBQE93NU-81PbYyUN2EM3M2_WBc-tz9cwGgTh4ADzcFOzwUEy80tmExvatc28s6sPN/s400/Kawan.jpg
Huraian Hadith: 
Pengajaran hadith:
i) Doa dari seorang Islam kepada saudara Islamnya yang lain dengan harapan semoga ia beroleh kebaikan atau terselamat dari bala bencana adalah dituntut oleh syarak sama ada setahu orang yang didoakan itu atau tidak.
ii) Sesungguhnya setiap kebaikan (doa) yang dipohon itu akan turut diaminkan oleh malaikat dalam erti kata agar doa itu dikabulkan oleh Allah S.W.T bahkan orang yang berdoa itu sendiri akan beroleh kebaikan yang sama sebagai menghargai keikhlasan hatinya mendoakan saudaranya itu.

Sabtu, 12 Mei 2012

Selamat Hari Ibu Untuk Semua Ibu dan Teristimewa buat Umi Tersayang

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgr1cmL3BfA514oGMygdt3ZH6zpczs5W2JUrefAwceSroWOrf9VSY5sk6DOXUElaZ7664KhVjh6TtosRNoW4Y6RltAKTJKTl7f-S4LbiEpZXoL4Wr0Mn8aA86v0l-lr_oNaae91VPIp-_o/s200/cl0121.jpg

http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTWi8XIikbYoAK4cxVxClSYHbxuBQ0kFhCqm2KNb9bfR7giDVmP 
Sumber: Himpunan cerita sedih...
Sempena hari ibu ni aku nak kongsi dengan semua pembaca blog ni tentang betapa besarnya pengorbanan seorang ibu melalui cerita yang aku baca dalam internet jugak.
Pada suatu pagi, berlangsungnya satu temuduga di sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia.
Semasa menemuduga salah seorang calon, pengurus syarikat tersebut mendapati seorang calon temuduga perempuan mempunyai rekod akademik yang baik sejak dari sekolah menengah sehinggalah sepanjang pengajiannya di universiti. Setiap semester calon tersebut memperoleh keputusan yang cemerlang.
Pengurus itu bertanya, "Adakah awak mendapat apa-apa biasiswa di sekolah atau universiti?"
Gadis itu menjawab "Tidak."
Pengurus itu bertanya lagi, "Jadi adakah ayah awak yang membayar semua yuran pengajian?"
Gadis itu menjawab,"Ayah saya telah meninggal ketika saya berusia satu tahun, ibu saya yang telah membayar semua yuran pengajian saya."
Pengurus meneruskan soalannya, "Ibu awak bekerja di mana?" Gadis itu menjawab,"Ibu saya bekerja sebagai pencuci kain dari rumah ke rumah."
Pengurus meminta gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya dan gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya yang halus seperti tidak pernah membuat kerja berat.
Pengurus berasa hairan lalu bertanya lagi, "Awak tidak pernah membantu ibu awak mencuci kain dahulu?"
Gadis itu menjawab, "Tidak pernah. Ibu selalu berpesan supaya saya belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam kehidupan. Tidak pernah dia meminta saya untuk menolongnya membasuh pakaian. Lagipun ibu membasuh lebih cepat daripada saya."
Pengurus tersebut memberitahu dia mempunyai satu permintaan, dia menyuruh gadis tersebut membantu ibunya membersihkan tangan apabila gadis itu pulang ke rumah nanti dan berjumpa semula dengannya keesokan harinya.
Gadis itu merasakan peluang untuk memperoleh jawatan tersebut semakin tinggi. Dia pulang ke rumah dengan gembira untuk membersikan tangan ibunya.
Di rumah, ibunya berasa pelik tetapi tersentuh dengan keinginan anaknya membersihkan tangannya sambil menghulurkan kedua-dua belah tapak tangan kepada anaknya.
Gadis itu membersihkan tangan ibunya perlahan-lahan. Tanpa disedari air matanya mengalir ketika itu. Inilah kali pertama dia mendapati tangan ibunya begitu kasar dan terdapat banyak calar di tangan ibunya. Kadangkala ibunya mengaduh kesakitan apabila terkena air di tangannya.
Lama-kelamaan gadis itu mula menyedari bahawa tangan ini lah yang bersusah payah membasuh kain setiap hari untuk mendapatkan sedikit wang membiayai pengajiannya di sekolah dan universiti.
Calar-calar itulah harga yang perlu ibunya bayar demi kejayaannya yang cemerlang dan juga demi masa depan seorang anak. Setelah selesai membersihkan tangan ibunya, gadis itu secara senyap-senyap membasuh semua pakaian ibunya yang masih tertinggal.
Keesokkan harinya, gadis itu kembali semula ke pejabat.
Pengurus tersebut menyedari air mata bergenang di mata gadis tersebut lalu dia bertanya : "Apa yang telah awak buat dan pelajari semalam di rumah?"
Gadis itu menjawab : "Saya membersihkan tangan ibu saya dan membasuh semua baki pakaian yang masih tertinggal."
Pengurus itu bertanya lagi, "Apa yang anda rasa?"
Gadis itu menjawab : "Pertama, saya sedar apa itu pengorbanan seorang ibu, tanpa ibu, tiada kejayaan saya pada hari ini. Kedua, dengan bekerja bersama dengan ibu saya sahaja saya dapat belajar dan mengerti betapa sukarnya mendapat sedikit wang untuk hidup. Ketiga, saya tahu betapa pentingnya hubungan kekeluargaan."
Pengurus itu tersenyum lalu berkata, "Ini adalah apa yang saya mahukan, saya ingin mencari pekerja yang dapat menghargai bantuan orang lain, orang yang tahu penderitaan orang lain dan orang yang tidak akan meletakkan wang sebagai perkara utama dalam hidupnya. Awak diterima untuk bekerja di sini."
Gadis itu bekerja dengan tekun dan menerima rasa hormat dari rakan-rakan sekerjanya. Prestasi syarikat juga semakin meningkat.

SAJAK UNTUK UMIKU YANG PALING AKU SAYANG....
Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.... mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak

Aku selalu teringatkan .... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang... aku suka luah pada... mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni... mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
Kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku.... mak

Terima kasih atas segala-galanya umi.... abang sayang umi...

https://encrypted-tbn3.google.com/images?q=tbn:ANd9GcRErzcxzdM-6rO7vE0Pa6nYU7kEGSXD85VicdfQIaiURH4qjfzXHw


CERITA UNTUK TELADAN  KITA BERSAMA
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

SELAMAT HARI IBU UNTUK SEMUA IBU DISELURUH DUNIA.......

Jumaat, 4 Mei 2012

Selamat Hari Lahir Eimaan

Hari lahir adik aku, Eimaan yang ke enam . Semoga panjang umur , tak manja dah, kurang menangis ,tak merajuk dah dan rajin baca buku .
Ramai sangat pulak nama Eimaan .............yang mana satu Eimaan ni ??? mesti peminat angry bird semua ni heheeee..... 






Ooooooo....ni rupanya Eimaan .  Boleh juga potong kek..........

Comelnya adik aku dua orang ni , Waiz dan Salma Solehah.  














Berpeluang jumpa tok di rumah kenduri dekat Alor  Setar .Tapi tak sempat sembang lama sebab masing-masing nak balik cepat . Tok pun dah nak balik Langkawi. Bila abi nak kami balik Langkawi ???

Selasa, 1 Mei 2012

Lepak kat rumah tok ayah.

Hmmmmm...... sedap nyaaaaa......First time makan Capati, sedap jugak. Umi dan abi tak pernah bawa aku makan capati. Sebelum ni aku tak tau apa tu capati. Umi tak makan capati tapi abi makan, sebab tu agaknya abi tak pernah ajak kami makan capati. 
Makan petang minggu ni kat rumah tok ayah besttttt...... mmmmm... sedap..






 Lepas makan petang, inilah aktiviti aku, adik-adik dan sepupu-sepupu kat rumah tok ayah.


Kat sini la tempat kami selalu main lompat-lompat, badminton dan lain-lain. 







 


 Ini kolam ikan tok ayah. Adik aku waiz suka sangat main kat kolam ni. Kalau tak ada orang tengok dia, nasib malanglah ikan ni......dikerjakannya.

 












Rabu, 25 April 2012

Hujung minggu di rumah mak tok dan tok ayah

Setiap hujung minggu, abi pasti bawa  aku dan adik-adik ke rumah mak tok. Kalau kami tak pergi, Waiz dan Eimaan mesti menangis...huhuhu..... Agaknya adik-adik aku boring kot seminggu duduk kat rumah. Kalau kami pergi rumah tok ayah dan  mak tok pun bukan ada aktiviti, lepak je....tapi kami semua best pergi sana. Mak tok dan tok ayah memang baik tapi.... tok ayah tu garang sikit. Kalau kami malas baca buku mesti kena marah dengan tok ayah. Setiap kali pergi rumah mak tok kami mesti kena bawa buku dan kerja sekolah. Masa tu la yang aku nampak sangat tok ayah garang . Eimaan yang selalu menangis, tok ayah marah sikit aja tapi menangisnya yang lebih. Adik aku, Eimaan tu manja sikit, dia memang mudah menangis.





ADIK-ADIK AKU YANG KECIWI BILA NAMPAK CAMERA............

Inilah Eimaan dan Waiz, adik aku yang pantang berdepan dengan camera. Tersengih sana sini ikut camera....
Aktiviti hujung minggu adik aku dua orang ni mesti pergi rumah mak tok dan tok ayah, kalau tak huhuhu......

Ahad, 18 Mac 2012

Kenangan bersama keluarga

Gambar ni  kat Jeti Langkawi, tengah tunggu feri.Dah berakhir cuti sekolah, selamat tinggal Langkawi nanti datang lagi ...........


 Kenangan semasa menyambut hari raya tahun lepas di Langkawi bersama kak syasya, sarah dan adik-adikku.