Translate

Translate

Khamis, 17 Mei 2012

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh-G_xLLVjdugUZuKm2IpshrMzqjYtuSv4sNJvikkWezvrcP9IoOjVWXPKliNaurUMs-YS2xkRRDPzXkpulzLJc2v81yZ1SnQhMRQI0v-x1l8NoX8d0uI4OOay9eWouE0KIADc0VLl2Ij-y/s320/kartun+muslim+1.jpg


 http://cdn3.fotosearch.com/bthumb/CSP/CSP434/k4341384.jpghttp://cdn2.fotosearch.com/bthumb/CSP/CSP086/k0863840.jpghttp://cdn6.fotosearch.com/bthumb/CSP/CSP649/k6499138.jpgMinggu ni sibuk sikit sebab peperiksaan pertengahan tahun akan bermula pada minggu hadapan.Semoga aku berjaya ,insyaallah. selamat menghadapi peperiksaan kepada semua rakan-rakan.

MERUNGKAI RAHSIA KEJAYAAN
Oleh: Aisha Ardini

“Aim:  To be a doctor. So never ever give up. Do your best!” Aku tersenyum melihat  catatan tersebut dalam salah satu buku conteng kawanku . Dia nampak  sungguh bersemangat sekali.

Semangatnya kadang –kadang  memberi tempiasnya kepadaku juga, meninggalkan aku dengan cita-cita yang tinggi dan usaha yang terbaik yang mampu dilakukan.

Mungkin itu rahsia kejayaan hidupnya. Umurnya masih muda.  3 tahun muda dariku. Tapi dia jauh meninggalkanku  dalam setiap markah peperiksaannya.

Bukan sahaja aku, malah kawan seperjuanganku dan rakan sebaya denganku. Sejak dahulu aku memerhatikannya. Apakah rahsia kejayaannya? Terasa diri ini serba kekurangan jika dibandingkan dengan dirinya.

Dia bijak.Dia juga mampu mencapai semua A dalam subjek yang  diambilnya. Aku rasa, mungkin disebabkan otaknya sememangnya  semula jadi cerdas dan genius, bak kata orang ‘mudah tangkap’.

Tapi hari ini aku ubah persepsi itu dan melihat kejayaannya dari  sudut lain. Setiap catatannya dalam buku conteng itu sekurang-kurangnya merungkai secebis rahsia kejayaannya.

Aku belek dan terus membelek. Dia tersenyum. Pada mulanya, dia segan membenarkan aku melihat bukunya,mungkin kerana itu luahan hatinya  tapi akhirnya  sedikit demi sedikit perasaan itu hilang. Malah, dia turut menceritakan bila dia  menulis setiap catatan tersebut.

Inilah dia rahsianya. Motivasi yang utuh dalam diri. Inilah yang menyebabkan  dia terus maju ke depan tanpa menoleh ke belakang, meninggalkan kami  semua.  Kegagalan yang dia lalui diperbaiki sebaik mungkin, menjadikan dia  makin kuat dan berpengalaman.

Setiap hari dicatatkan apa matlamatnya,terperinci  dengan tindakan yang perlu diambil, dan inilah yang dijadikan minyak pelincir dalam setiap roda  usahanya. Inilah yang menjadikan dia bersemangat melalui setiap hari yang penuh  dugaan dan ranjau.

Inilah yang menyebabkan hidupnya terarah dan dia tahu arah mana  yang dia ingin tuju, menjadikan dia tidak sesat.

Menetapkan matlamat setiap hari  bermula apabila anda berhadapan sang matahari bakal menjadikan anda berjaya dalam hidup anda, biarpun orang lain tidak menghargai dan mengerti. Inilah yang  dikatakan matlamat jangka pendek.

Anda akan menjadi lebih kuat  dalam menghadapi dugaan dan cabaran dalam kehidupan yang penuh  liku-liku dan ranjau ini. Anda akan lebih yakin dalam meneruskan  dan mencorak kehidupan anda.

Dan kaedah ini terbukti berjaya.  Walaupun anda mungkin tidak mencapai seratus peratus matlamat anda, tapi sekurang-kurangnya anda mampu mencapai kejayaan yang  terbaik yang anda mampu capai.

Jika anda cuba menggapai bulan,  tapi apabila anda tidak mampu dan sekadar mampu menyentuh langit, bukankah itu adalah kejayaan apabila anda sudah melakukan  yang terbaik?

Sekurang-kurangnya anda tidak terpesong jauh dari matlamat  perjalanan hidup anda. Oleh itu, sama-samalah kita menetapkan setiap matlamat yang ingin dicapai setiap hari, mudah-mudahan kejayaan itu mampu kita tarik dengan lebih mudah.


RENUNGAN UNTUK SEMUA 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg_qsxDgdLhJTLiADrdT8Sa0YKvYIHt0JcrYbBqyoyu4LKxlJq9h8wesKsKXk2LzbkKiJxuGh4Gp4YBQE93NU-81PbYyUN2EM3M2_WBc-tz9cwGgTh4ADzcFOzwUEy80tmExvatc28s6sPN/s400/Kawan.jpg
Huraian Hadith: 
Pengajaran hadith:
i) Doa dari seorang Islam kepada saudara Islamnya yang lain dengan harapan semoga ia beroleh kebaikan atau terselamat dari bala bencana adalah dituntut oleh syarak sama ada setahu orang yang didoakan itu atau tidak.
ii) Sesungguhnya setiap kebaikan (doa) yang dipohon itu akan turut diaminkan oleh malaikat dalam erti kata agar doa itu dikabulkan oleh Allah S.W.T bahkan orang yang berdoa itu sendiri akan beroleh kebaikan yang sama sebagai menghargai keikhlasan hatinya mendoakan saudaranya itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan